Tuesday, March 23, 2010

YA Allah,kuatkn iman kami,jauhkn lah kami dr ZINA


Asalamualaikum...Saya Terjumpa Akibat Buruk Perlaku Zina DI ILUVISLAM.COM

Bersolat tetapi berzina. Ketika umat Islam berpuasa dia pula buat kerja laknat.

Ini yang diberitahu kepada saya seorang ibu yang mengadu mengenai anaknya dan aduan seorang isteri dengan perangai suami yang bermalam dan mengaku berzina dengan “kekasih baru”.

Saya masih ingat lagi kata-kata datuk saya ketika beliau mengajar di rumahnya dengan katanya, berzina seronok sekejap tetapi derita sampai ke neraka.

Tazkirah kali ini ingin saya menulis mengenai akibat berzina yang nampaknya sudah menjadi perkara biasa dan semacam tidak ada apa-apa perasaan pada pasangan sama ada remaja, dewasa atau tua.

Percayalah, kalau Allah marah mesti ada azab sama ada azab sementara di dunia dan apa lagi di akhirat.

Akibat buruk dan bahaya zina:

1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama si penzina, hilanga sikap warak (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2. Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya.

Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan sebaliknya dari apa yang dia inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.

11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga kelak.

12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.

Bahkan, ia boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya.

Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku itu bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya?

Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkannya. Dia berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.

Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir, dia memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya.

Na'udzubillahi min dzaalik.

15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit seperti Aids, siphilis dan gonorhea atau kencing bernanah.

16. Di antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan, baik lelaki atau perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu besar mana Bukit Uhud?

8 comments:

  1. Ukhti, the long lists makes one feel like making taubah straight away.

    Boleh enti tambahkan daleel2 dari Al Qur'an dan As Sunnah sebagai footnote untuk setiap akibat?

    Contoh, di manakah enti dapat tau "penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga kelak"? Apakah daleelnya?

    JazakAllah khair, ya ukhti.

    ReplyDelete
  2. salam..maaf.i don't get it with your question.
    tp ana cbe jwb k.klu seseorg 2 da b'taubat,sejahat dn sebanyak mne die da melakukn kejahatan,dan bertaubat..adakah mungkin die mndpt nikmat syurga?
    Allah Maha Penerima Taubat.bg ana,mungkin die akn dpt nikmat2 tu semua.bkn haruman syurga,bahkan bidadari syurga..
    so..dat all from me for this time and correct me if i'm wrong

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikummussalaam.
    Yang tadi tu sebenarnya salah satu dari 16 azab. Maksud ana, Islam dan Iman perlu dibina di atas bukti dari Al Qur'an dan Hadeeth Sahih. Perlu kita hati2 supaya tidak menambah fahaman baru di dalam agama, insyaAllah. :)

    ReplyDelete
  4. u mean,dis article might be wrong?i took dis article from my frenz,and he got dis from a web.so?

    ReplyDelete
  5. The article could be right, but we should always be careful where we take our Islam from. :)

    For example, penulis Novel Sejarah Islam yang bernama Abdul Latip Talib telah menulis banyak novel2 tentang Bilal, 'Umar, Abu Bakr dan lain2 sahabat nabi. Memang sedap dibaca tetapi buku2 novel yang saudara Abdul Latip menulis tidak ada footnote/nota kaki. Perlu ada nota kaki supaya pembaca2 tahu sama ada cerita ditulis disandar atas hadeeth yang sahih atau sahih yang dhaifun.

    Pada zaman kita, semakin lama semakin sedikit ilmu agama di kalangan pengikut Islam. Tetapi kenapa pada masa yang sama semakin lama semakin ramai orang yang digelar "ustaz"? Dan ramai orang awam tidak tahu yang mana satu "ustaz" yang betul.

    Yang mengikut jalan betul adalah orang yang mengikut Al Qur'an, Sunnah dan manhaj (metodologi) salaf as salleh. :)

    =========================

    “Say (O Muhammad): ‘This is my way; I invite unto Allaah with sure knowledge, I and whosoever follows me with sure knowledge. And Glorified and Exalted be Allaah (above all that they associate as partners with Him). And I am not of the mushrikeen (polytheists… those who worship others along with Allaah or set up rivals or partners to Allaah).” [Yoosuf 12:108]

    “And whoever contradicts and opposes the Messenger (Muhammad) after the right path has been shown clearly to him, and follows other than the believers’ way, We shall keep him in the oath he has chosen, and burn him in Hell – what an evil destination!” [al-Nisa’ 4:115]

    The Prophet (صلى الله عليه وسلم) said: “Adhere to my Sunnah and the Sunnah of the rightly guided Khalifahs that come after me. Bite upon it with your molar teeth [nawaakhidh] and beware of newly invented matters, for certainly every newly invented matter is an innovation and every innovation is a misguidance” Narrated by Abu Dawood (4607) and classed as saheeh by al-Albaani in Saheeh Abi Dawood.

    ReplyDelete
  6. Sebagai contoh, ana jumpa satu ayat dari Surah Az Zumar 22. "Is he whose breast Allâh has opened to Islâm, so that he is in light from His Lord (as he who is non-Muslim)? So, woe to those whose hearts are hardened against remembrance of Allâh! They are in plain error!"

    Ayat ni mungkin boleh jadi bukti untuk nombor 4 (Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.)

    :)

    ReplyDelete
  7. Lagi satu, ana mintak maaf kalau terkasar bahasa. Ana minat dengan motif blog enti. Please keep updating the blog, insyaAllah. Wassalaam.

    ReplyDelete