Sunday, February 27, 2011

Wanita


assalamualaikum...tringin nak cite psl wanita pulak mlm nie.actually just finished watching movie PEREMPUAN kat tv2.erm..that was a great movie.2 sbb dpt award anugerah drama terbaik.CREDIT TO THEM.erm..betapa Allah mengangkat martabat seorg wanita 2.pada zaman Rasulullah pun,Rasulullah yg membetulkan pemikiran masyarakat jahiliah yg suatu ketika dulu ada yg membunuh anak perempuan.tp zaman skang da berubah.rse mcm da terbalik da.rse mcm da kembali ke zaman jahiliah plak.knpe ye wanita2 sekarang x mnghargai dri sndri?i not a good person actually.berlajar dr pengalaman.n dr pengalaman mngajarku sesuatu yg bererti.Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.jd la yg terbaik..bidadari syurga pun cemburu dgn.what am i know, i proud that i was born as a woman.moga Allah terus berikan kte hidayat dan petunjukNya.


WANITA SOLEHAH

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.


No comments:

Post a Comment