Sunday, October 3, 2010

aku,mereka,kamu (PEREMPUAN BERNIQAB)


syukur kepada Allah.Allah ciptakan manusia dr pelbagai jenis bangsa,lain negara, berbeza bangsa dan agama,tp kita semuanay dr Pencipta yg sama kn?Allah ciptakan wanita sebagai pasangan adam.seperti kisah adam dan hawa..wanita 2 unik kn?wanita 2 sendiri rahsia.rahsia itu bersifat peribadi..ana sbnrnye nak ckp psl wanita yg b'niqab.mcm 1 isu besar plak kn.ana ske tgk wanita b'niqab biarpun ana sendiri pakai niqab.mcm dpt 1 kekuatan utk terus istiqomah pakai niqab.kat mne2 pun hidup ana mesti psl niqab.x kire la yg pro or kontra.cth dlm fb nie,kebanyakkan kwn maya dlm fb nie,sume nye b'niqab.pas2 mule la,sbuk2 tgk2 pic diorg yg pakai niqab.de yg letak pic sendiri de yg x.masing2 punya alasan sendiri sbb letak n x letak pic diorg.bg ana,ana letak pic ana b'niqab bukan nak tunjukkn kecantikan diri ana.ana sendiri pun x rse diri nie cantik.cantik 2 milik Allah,kite nie pinjam je.ana tau,de org senang n x senang ble kte (org2 b'niqab) nie letak pic dlm fb.mcm2 cmmnt ana dpt n ana lihat.de yg puji,de yg mcm x ske,x ske mybe sbb x manis la org pakai niqab tp tngkp gmbr n tunjuk kat org ramai.ana x mintak pujian,dn ana x ske pd pujian manusia.bkn 2 yg ku tagih.ana anggp pujian 2 sume sbb diorg ske dgn penampilan ana,ske dgn wanita b'niqab.suke 2 punya bnyk maksud kn?masakan org lelaki boleh b'getar jiwanya hnye melihat pada mataku?pakaian ku yg berwarna hitam dn gelap sepanjang masa?ape je yg de kat mata ana nie..x same ke ngan mate org lain?de kelopak mata,ank mata,jdnye?boleh naik nafsu ye?pesanku pd lelaki,kerana sebahagian drpdmu yg bnyk merosakkn hati2 wanita,kawal bicaramu.kerana bicara manismu,pujian dr mu,amat bisa dr sembilu.yg ana nak fokuskn,pd sahabat2 yg b'niqab,aku bukan seperti dirimu,yg t'jaga akhlak dn auratnya,yg sopan lg manis langkah bicaranya,aku hnya gadis biasa yg bukan dr keluarga yg punya didikan agm yg kuat seperti mu.aku adalah aku.tp aku pasti dn ingin jd baik bahkn lebih baik dr mu.ana ske fesyen,n i like to create new style for women who are wearing niqab..ana masih muda,ana nak org2 muda yg b'niqab or tringin nak b'niqab merasa senang dn selesa dlm pemakain diorg.pakai niqab tp mampu punya bergaya seperti remaja lain,yg dlm masa yg sama masih mengekalkan ciri2 kesopanan dn menutup aurat.sekurang-kurangnya ana ingin manusia hari ini dn yg akan dtg boleh terima wanita b'niqab nie dn ianya x lg satu pkare asing.biarpun,ade yg x menyokong dgn diri ana,ana x peduli semua 2.sungguh Allah itu Maha Mengetahui apa yg kita x ketahui dn apa yg ana niatkn.biar hina d'mata manusia,tp mulia d'sisi Allah.walluhu'alam..

Tuesday, March 23, 2010

YA Allah,kuatkn iman kami,jauhkn lah kami dr ZINA


Asalamualaikum...Saya Terjumpa Akibat Buruk Perlaku Zina DI ILUVISLAM.COM

Bersolat tetapi berzina. Ketika umat Islam berpuasa dia pula buat kerja laknat.

Ini yang diberitahu kepada saya seorang ibu yang mengadu mengenai anaknya dan aduan seorang isteri dengan perangai suami yang bermalam dan mengaku berzina dengan “kekasih baru”.

Saya masih ingat lagi kata-kata datuk saya ketika beliau mengajar di rumahnya dengan katanya, berzina seronok sekejap tetapi derita sampai ke neraka.

Tazkirah kali ini ingin saya menulis mengenai akibat berzina yang nampaknya sudah menjadi perkara biasa dan semacam tidak ada apa-apa perasaan pada pasangan sama ada remaja, dewasa atau tua.

Percayalah, kalau Allah marah mesti ada azab sama ada azab sementara di dunia dan apa lagi di akhirat.

Akibat buruk dan bahaya zina:

1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama si penzina, hilanga sikap warak (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2. Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya.

Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan sebaliknya dari apa yang dia inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.

11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga kelak.

12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.

Bahkan, ia boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya.

Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku itu bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya?

Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkannya. Dia berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.

Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir, dia memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya.

Na'udzubillahi min dzaalik.

15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit seperti Aids, siphilis dan gonorhea atau kencing bernanah.

16. Di antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan, baik lelaki atau perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu besar mana Bukit Uhud?

Sunday, March 21, 2010

Behind The Veil

Behind the veil I am the queen..
I have a body that nobody seen..
Many people think I am oppressed-
And wonder how I got myself into this mess..

My veil is my cure..
And makes my heart pure..
It earns me my love from Allah my Lord..
And makes me strong against any sword..

Behind my beautiful veil lies..
My savior from the temptation of guys!
'Behind my veil,' I begin to say..
'Is where I shall forever stay!'

Sunday, March 7, 2010

KELUASAN API NERAKA

(dipetik dari kitab TANBIHUL GAHAFILIN "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu
bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun
yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami
menerangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan
dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:" Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..

"Sesungguhnya Ilmu itu akan membakar kamu jika tidak disebarkan."

Tuesday, February 2, 2010

mencintai tak bermakna memiliki

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...

Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali......

Monday, February 1, 2010

mampukah aku menjadi wanita solehah?

eramuslim - The beauty of a woman is not in the clothes she
wears, the figure that she carries,or the way she combs her hair.

The beauty of a woman must be seen in her eyes,because that is
the doorway to her heart, the place where love resides.

The beauty of a woman is not in a facial mole,

But true beauty in a woman is reflected in her soul.

It is the caring that she lovingly gives, the passion that she shows
and the beauty of a woman.

With passing years-only grows!

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah? Agung cintanya
pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan
fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela
bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang
bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk
dilaksanakan...

Mengalir air mataku Melihat pegorbanan puteri solehah Siti
Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan ayahnya, yang
sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia
sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar Dari catatan hidup
Siti Sarah....

Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang
masih merah Mencari air penghilang dahaga Diterik padang pasir
merak Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya
hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan
iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara
Masyitah....

Thursday, January 28, 2010

BE THANKFUL

Be thankful that you don't already have everything you desire,
If you did, what would there be to look forward to?

Be thankful when you don't know something
For it gives you the opportunity to learn.

Be thankful for the difficult times.
During those times you grow.

Be thankful for your limitations
Because they give you opportunities for improvement.

Be thankful for each new challenge
Because it will build your strength and character.

Be thankful for your mistakes
They will teach you valuable lessons.

Be thankful when you're tired and weary
Because it means you've made a difference.

It is easy to be thankful for the good things.
A life of rich fulfillment comes to those who are also
thankful for the setbacks.

GRATITUDE can turn a negative into a positive.
Find a way to be thankful for your troubles and they
can become your blessings.

kisah orang alim

Pada suatu hari datang seorang lelaki muda bertemu dengan rakannya dan bertanya siapakah yang mampu menjawab tiga kemusykilan yang dihadapi. Maka rakannya mengarahkan beliau agar menemui seorang alim yang telah tua, yang tinggal dipendalaman sebuah kampung. Beliau lantas bertanya kepada orang alim tersebut;

“ Wahai tuan, saya ada tiga kemusykilan yang ingin saya ajukan kepada tuan. Ketiga-tiga kemusykilan ini telah saya tanyakan kepada banyak alim ulamak yang terkenal, tetapi jawapan mereka masih tidak memuaskan hatiku”

Dalam hatinya beliau langsung tidak merasa yakin dengan kemampuan orang alim itu, sebaik sahaja melihat penampilan dirinya, berbanding dengan alim ulamak terkenal yang telah ditemuinya sebelum ini.

Orang alim itu terus bertanya mengenai tiga kemusykilan tersebut.

Pemuda tersebut bertanya, benarkah beliau mampu untuk menjawabnya, sedang semua alim ulamak yang ditemui gagal memberikan jawapan yang memuaskan.

Beliau meminta agar didedahkan dahulu 3 soalan tersebut.

Pemuda bertanya, adakah dia perlu bertanya satu soalan demi satu soalan

Orang alim menyatakan beliau boleh utarakan kesemua soalan dan mungkin beliau perlu menjawabnya sekaligus sahaja

Kalaulah benar Allah itu wujud, mengapa Dia tidak boleh dilihat, sebab setiap benda yang wujud tentu boleh dilihat ?

Kalau benarlah Allah itu Maha Bijaksana, mengapakah Allah menjadikan neraka, kemudian menyatakan bahawa syaitan dan iblis akan dimasukkan ke dalamnya, sedangkan syaitan dan iblis diperbuat daripada api. Jadi apalah kesannya apabila dimasukkan api ke dalam api ?

. Kalaulah benar bahawa Allah menentukan qadak dan qadar seseorang, apakah qada’ dan taqdir Allah ke atas dirinya sekarang ini?

Sebaik sahaja soalan ketiga diajukan oleh pemuda tersebut, secara spontan orang alim itu menampar muka pemuda itu dengan sekuat-kuatnya, sehingga menyebabkan pemuda itu menjerit kesakitan dan mengeluarkan kata-kata penghinaan ke atas orang alim tersebut, sambil berkata;

“ Aku bertanya mahukan jawapan daripada engkau, bukannya tamparan yang menyakitkan.”

Melihat gelagat pemuda tersebut orang alim terus menjawab;

“ Sebenar satu tamparanku itu adalah jawapan kepada ketiga-tiga soalanmu tadi.”

Pemuda kebingungan dan masih dalam perasaan terlalu malas, lantas meminta orang alim itu menjelaskannya.

Bagi soalanmu yang pertama

Adakah tamparanku tadi menyakitkan?
“ Tentulah sakit” balas pemuda itu?
Tunjukkan aku dimana sakit itu agar boleh aku lihat?
Mana boleh aku berbuat demikian, kerana sakit itu hanya boleh dirasai tetapi tidak boleh disentuh dan dilihat!
Orang alim terus menjawab. “ Begitulah dengan Allah, kita hanya mampu merasai akan kebesaranNya, KebijaksanaanNya, KehebatanNya dan lain-lain lagi, akan tetapi Allah tidak boleh dilihat dengan mata kasar kita!

Apakah anggotaku yang menamparmu tadi.
Tanganmu?
Sesungguhnya tanganku dijadikan oleh Allah daripada tanah dan tanah ini jualah dia menampar mukamu yang diperbuat dari tanah, tetapi bukankah kamu merasakan akan kesan kesakitannya. Oleh itu tidaklah sia-sia Allah menjadikan api neraka untuk mengazab syaitan dan iblis yang dijadikan dari apa?
Pemuda kelihatan amat berpuashati dengan jawapan tersebut.

Terlalu mudah untuk ku jawab
Adakah pada malam tadi engkau bermimpi bahawa hari ini, engkau akan ditampar seseorang?
Tidak kata pemuda tersebut
Adakah engkau merasakan bahawa hari ini kamu akan ditampar?
Tidak, jawab pemuda itu
Maka itulah qadar dan taqdir Allah ke atas dirimu, bahawa kamu mendapat penampar yang hebat dari diriku! Kesemuanya adalah ketetapan dan ketentuan Allah ke atas dirimu!
Pemuda benar-benar kagum dengan kemampuan orang alim tersebut dan seterusnya menjadi seorang yang benar-benar insaf dan kembali ke jalan Allah.