Wednesday, November 23, 2011

DIA SYURGA KU

Dia syurgaku..

Dia bukan agamawan,
Dia bukan seorang ustaz,
Dia suamiku!

Walaupun dia bukan lelaki idaman aku pada mulanya,
Tapi kini dia insan idaman hidupku kini dan selamanya,
Perkenalan ku dengannya hanya bermula dengan dua,
Dua bulan ku mengenalinya, Dua minggu kami mengikat tali pertunangan,
dan lepas Dua bulan aku disahkan mendapat zuriat pertamaku.

Dia insan yg Allah ciptakan untukku,
Menjadi syurga ku, tempat aku mengumpul pahalaku,
Dia lain, tak sama yang aku angankan,
Kerana DIA ADALAH DIA.

Setiap apa yang dia lakukan,
Baik buruk perlakuannya,
Aku terima dengan redha.
Yang pahit ku buang jauh-jauh,
Yang manis sentiasa jadi kenanganku tiap hari.

Saat terucapnya kalimah "Aku terima nikahnya...",
Di sudut kecil hatiku, tiada lagi istilah kekesalan aku menjadi miliknya,
Pertemuan kami adalah atas kehendaknya,
Kini aku bersyukur atas segalanya.

Dia cuba sedaya upaya membahagiakan ku,
Setiap pengorbanan yang dilakukannya,
Mencari rezeki untuk keluarga setiap hari,siang malam,
Membahagiakanku dengan cara tersendiri,
Menerima keluargaku dengan penuh sabar.
Cukup membuatkanku terharu.

Biarpun waktu kami bersama singkat kerana tanggungjawab yang tergalas,
Aku mengerti dan bersabar dengan iringan doa agar Allah sentiasa melindungimu,
Pohonku agar Allah sentiasa menetapkan hatimu dengan ku kekal hingga kesyurga.

-hani sayang abang biarpun sayang tu tak terlahir pada zahirnya-

Thursday, September 8, 2011

Kehadiranmu Ku Nanti

Assalamualaikum semua..rase da lme x update blog.rindu nak meluah ape yg terbuku dlm hati..nak berbicara dengan teman,malu meluah rasa..hanya mampu meluah pada jari-jari.

Penantian demi penantian..masih ada beberapa minggu lagi untuk menantkan kehadiran insan baru dalam hidupku dan suamiku..ya Allah..mcm2 perasaan dtg dlm diri nie.x sabar menanti kelahiran baru.Sekarang da masuk 34 mggu.Alhamdulillah,bayi dlm kandungan saya sihat dan aktif.Rasa lega dlm hati.Dan terbit rasa kesedaran dalam diri tentang pengorbanan seorang ibu.Kerap kali saya terkenangkan pengorbanan mak yang tak ternilai dgn harta.Tak tau nak luahkan mcm mana.semua rasa b'kumpul menjadi satu.

Pengalaman pertama dalam hidup bila mula Allah tiupkan roh baru ke dalam rahimku.Pengalaman merasa mcm ibu2 mengandung yang lain,mengidam dan 3 bln merasa morning sickness.Berat ujian seorang ibu.Dengan kandungan saya nie,saya menuntut ilmu.Alhamdulillah,Allah permudahakan.Allah bg saya teman2 yg sgt2 baik dan ikhlas membantu.Baik lelaki mahupun perempuan,sama2 menjaga diri saya dan kandungan saya nie.Terima kasih sahabat2ku;seha,kak tika,aniqa,mira,cody,fiza,zie,efa,kak bella,dila,tia,kak sara,dan x lupa teman2 lelaki dlm kelas =).Tengok sahabat2 yg excited dgn bayi dalam kandungan saya nie,buatkan saya terharu,gembira sgt2.Allah je la yang dpt balas segala budi dan kebaikan korang semua.Terima kasih juga buat seluruh ahli keluargaku dan keluarga mertuaku yang banyak menjaga dan memberi tunjuk ajar.Terima kasih juga untuk Kak azizah dan keluarga.

X lupa jugak dengan pengorbanan suami saya yang sgt gembira dan x sabar dgn kelahiran ank ni.Maafkan segala dosa2 hani kat abg,dan terima kasih sebab terus bersabar dengan kerenah isterimu.Sabar memenuhi segala permintaan isterimu,dan tetap sabar untuk menceriakan isterimu biarpun isterimu ini banyak melukakan mu.Abg,biarpun abg sibuk dengan urusan abg,tp abg tetap x lupa tanggungjawab abg kat hani.Hani harap kita sama2 bersedia menempuh alam baru,alam keibubapaan.Kita akan sama2 belajar untuk mendidik,membesarkan ank kita dgn didikan yg sempurna,didikan cara sunnah nabi.Terima kasih suamiku.Hani sayang abg dunia akhirat.

Pernah saya dengar orang ckp,"awlnya mengandung,knpe x merancang dulu..kan masih belajar lg,".Ya, mmg saya sedar,saya sgt2 muda untuk b'kahwin dan menggalas tanggunjawab sebagai seorang isteri dan ibu.Tapi,saya yakin,Allah sentiasa bersama saya dan memudahkan urusan saya.Saya dapat rasakan mmg Allah benar2 memudahkan urusan saya,dengan bantuan teman ketika di kolej,dengan kesabaran dan pengorbanan suami yang x dpt d'ucap dgn lisan,semuanya jadi mudah.Kenapa saya x merancang dulu? sebab saya sedar, kita yang merancang, tapi Allah yg tentukan.Ada pasangan yang merancang,tapi terus x dapat anak.Anak rezeki Allah.Saya hanya menerima apa jua pemberian Allah.

Kini,hati saya resah,takut..Keresahan dan ketakutan untuk membesarkan zuriat dan amanah Allah ini mengatasi ketakutan saya untuk berjuang nanti,berjuang untuk melahirkan insan baru ini.Takut jika gagal membesarkan ank ini menjadi insan yang soleh,yang baik dan terpelihara.Takut jika ank ini bakal mewarisi segala dosa2 saya dan suami.Takut jika ank ini hilang dalam pegangan Ilahi.Ya Allah,bantulah hambaMu.
Pesanan untuk bakal anakku;jadilah dikau seorang insan yg terpelihara diri dan maruah.Jadilah kau seorang ank yang dapat menyelamatkan kedua ibu bapa mu di akhirat kelak.Peganglah kuat dan erat Al-quran dan sunnah nabi mu,untuk dijadikan panduan dan penyelamat menempuh alam yang penuh ujian ini.
Ya Allah,Kau peliharalah zuriat keturunanku daripada segala dosa,maksiat dan zina.Peliharalah ankku dari segala kemungkaran dan kejahatan dunia.Jadikanlah zuriat keturunanku seorang yg soleh dan solehah, yang indah rupa parasnya,yang sempurna sifatnya.Ya Allah,Kau perelokkanlah rupa parasnya sepertimana Kau perelokkan amalan dan akhlaknya.





Ya Allah,Kau berilah aku dan suamiku kekuatan untuk mendidik dan membesarkan zuriat kami ini.amin ya Allah...

Tuesday, August 9, 2011

Orang yang Mencintai Ilahi


Orang yg mencintai Ilahi
Dirinya tak keluh kesah
Apabila ditimpa ujian
Kerana dia yakin dengan kasih Tuhan

Orang yang cintanya kepada Ilahi melebihi segalanya
Tidak melatah apabila orang tersayang dirampas
Kerana walau dia kehilangan
Dia masih bermodalkan cinta Ilahi

Orang yang benar-benar menghayati cintanya kepada Ilahi
Sentiasa pasrah kepada-Nya
Sabar menempuh ujian
Kerana dia tahu ujian itu adalah
tarbiah daripada-Nya

Orang yang benar-benar mencintai Ilahi
Juga harapkan kebahagian di dunia
Tetapi jika tak dapat dimiliki
Dia harapkan keindahan 'di sana'
Kerana dunia ini hanya pinjaman
Dan dirinya hanya 'barang pinjaman'
Yang dipinjam untuk sementara di dunia ini.


Hasil nukilan:
Naurah Musyahidah

Thursday, June 16, 2011

Puasa Ku

-Juadah berbuka ari nie-

Alhamdulillah,dpt jgk puasa ari nie.syukur Allah permudahkan.walaupun dengan membawa satu lg nyawa,ianya juga ujian.Ari nie dpt pulak berbuka dengan kak liza dan seha.Syukur la,rezeki ari nie melimpah ruah.Tambah pulak dapat makan sama2.Bkn sng nak rancang makan kat luar.sume kena dirancang lebih awal.Org yg pregnant pun mampu berpuasa.kne berlatih berpuasa dr sekarang.nnt x de la terasa sgt letihnya mse bulan puade nnt.Terima kasih wat kak liza n seha sbb kte dpt berbuka dgn kite.heee

-Seha bersama ikan yg BESAR-heee




-With kak Liza-








Thursday, March 3, 2011

Selamat Hari Lahir Sayang


Assalamualaikum semua..sepatutnye hani post nie smlm lg.3/3/11,tau bufday sape?orang yang hani sayang dunia akhirat.Suami hani,kekasih hani,teman hani,imam hani,kekuatan hani,semuanya bagi hani.Juga pintu syurga bg hani.Dgn keredhaan suami,maka masuklah seorg wanita iaitu isteri ke dalam syurga.Malam semalam pegi celebrate bufday die.Tp syg,x dpt nak beli kek.Actually da lari bajet.heee..2/3 waktu pagi dlm pkul 11 mcm 2,i decided to clinic.pegi cuz nak check weather i'm pregnant or not.I was alone with pakcik teksi.Die bwk pegi klinik kat Flora Damansara.Hani pegi klinik Normah.Berdebar2 jgk hati nie nak tggu result.X ramai pun org kat klinik mse 2.Then,tibe plak giliran hani.Doc india,nasib baik pompuan.Die suggest tuk wat scan je dr urine test.First die scan,nmpk la mcm de satu bulatan.X paham pd mulenye,then die ckp hani confirm pregnant.Syukur pd Ilahi.Allah lebih mengetahui segalanya.Menitis air mata hani.Doc sahkn baru beberapa minggu.Alhamdulillah,murah rezeki.Allah sygkn hani lg =).Lepas kluar dr klinik,hani plan nak pegi Tesco.Sje nak beli brg dapur.Dr pg,sumenye Org Teksi jd driver..huhu.nasib la org x pandai driving nie.Plan nak beli hadiah kat suami.Hani belikan baju kemeja dlm rm200.Ok la 2.N nasib jgk la org x keje.Beli pun gune duit husband lg.Tp x kesah la.Janji Rock!!!huhu.Da beli brg dapur,abg ihsan call.Die da nak smpi Tesco.Kami pun lunch same2.Erm..mmg org mengandung 2 akan hilang selera ke?serius mmg x de nafsu nak mkn.Oh my Allah,ape sudah jd pd hani yg dlu?yg kuat makan 2?hee..Tp ok jgk,dpt jgk diet.Mse tgh mkn 2,abg ihsan sruh beli pregnancy test,mne tau kot2 betul pregnant.Hani asyik mengelak je.Cakap yg hani x reti gune bnde 2.Mmg betul pun sbnrnye.Mse kat Kuis da cbe.Kwn2 tlg.N mse 2,kami masing2 belagak mcm doc.heee..Tp x reti jgk nak bg kata putus.Last2,hani plan nnt hani sndri gi clinic.Mmg da plan nak gi klinik mse nak dekat2 bufday abg ihsan.Klu betul hani pregnant,bleh jd special surprised kat die.Dan mmg x sangka,ade rezeki nak bg abg ihsan kejutan.Hadiah pun da beli,surprised terbesar pun betul2 wujud,just tinggal tggu pkul 12 tepat 3/3 je.

Malam plak,abg ihsan bwk gi celebrate kat wangsa walk ngan kakak farah wahida n the geng n also all the staff.Tepat pkul 12,maka,ade la ucapan hari jd.Mybe abg ihsan fikir yg hani x ingt bufday die.Tp sbnrnye,hani sje je wat2 x tau.Pas2,hani pun bgtau hani pregnant.Siap bg pic scan lg.Die mcm happy.n kak farah ngan kwn2 die pun tau mlm 2.Balik umah,hani terus bg hadiah kat abg ihsan.Die ske hadiah hani.Abg ihsan ckp,'esok' (ari nie) die nak pakai baju 2 gi opis.N he really did.Love u syg.Thanks cuz suke ngan hadiah hani.Hani lari bajet nak beli kek n bunge ros sbb da beli baju utk abg n byr kos mse gi clinic 2.Abg ihsan sdey jgk la sbb thn nie die celebrate tnpa kek.Maaf ye abg.Bukan x nak beli n maaf jgk x dpt nak rse mcm abg rase sdey 2.Cuz hani da lame x sambut bufday,n da x rse pape da.Kesedihan 2 da x de.InsyaAllah,next year hani belikn hadiah tuk abg.
Mohd Ihsan,terima kasih ats kesudian menjadi suamiku.Terima kasih kerana memberiku bahagia,memimpinku ke jalan yg diredhai,dan juga terima kasih ats segalanya.X terbalas rsenye budi dan segala kebaikan abg pd hani.Hani sayang abg dunia akhirat.Hah!..hani nak wat ucapan hari jd tuk abg.WAHAI SUAMIKU,KU DOAKAN MOGA ALLAH PANJANGKN UMURMU UNTUK TERUS BERSAMAKU,MEMBIMBINGKU DAN TERUS MENYAYANGIKU.MOGA ALLAH MURAHKAN REZEKIMU UNTUK MASA DEPAN KITA DAN JUGA PERNIAGAAN ABG.MOGA ALLAH BERKATI HIDUPMU.MOGA ALLAH BERI ABG KEKUATAN UTUK TERUS MEMIMPIN HANI KE SYURGA ILAHI,MOGA ABG MENJD BAKAL SEORG AYH KEPADA ZURIAT ABG.MOGA ALLAH BERI KEBAHAGIAN DALAM RUMAHTANGGA KITA DAN JUGA PANJANGKN JODOH KITA HINGGA KE SYURGA ABADI.X lupa jugak wat kakak iparku merangkap kembar suamiku,moga Allah memberkatimu,murahkn rezekimu dan berimu kebahagian dalam hidupmu.
Selamat hari lahir sayang,MOHD IHSAN BIN CHE MOHD NOH.Aku menyayangimu kerana Allah =)

Tuesday, March 1, 2011

Selamat Hari Lahir AYAH


SELAMAT HARI LAHIR AYAH!tepat jam 12 pg bersamaan 2/3/11 ayah telah dilahirkan ke dunia.Terima kasih ayah kerna telah menjadi seorg ayah kepada 10 org anak dgn penuh kesabaran.Ayah,betapa aku menghargai pengorbananmu,penat lelahmu dalam mencari rezeki yg halal untuk anak2mu,untuk isterimu yang tercinta.Terkadang,diri ini pernah melukakan hati mu,mungkin kerana aku tidak mengerti tugasmu sebagai seorg ayah dan juga seorg hamba Allah.Ayah,ku lihat ayah mudah ketawa dan gembira bersama cucu2 mu,tp aku tahu ayah,bahawa disebalik senyuman dan ketawa mu itu tersimpan kedukaan.Ayah sgt tabah dn kuat.Sekalipun anak2mu melampaui batasan terhadapmu,ayah hnya diam.dan pernah aku melihat ayah menitikkn air mata.Ayah,maafkan anak2mu.Kami tak mengerti keadaan mu,x memahami mu,lantas mudah saja kami melukakan mu,ayah.Diam mu ayah,tersimpan seribu cerita yang ayah pendamkn.Suatu malam yg x pernah anakmu ini lupa,ayah.Ayah meluahkn semua rasa hati yg ayah pendam selama ini.Ayah pernah cakap yg ayah terkadang terasa hati dgn anak2.Ayah teringin nak makan dgn semua anak2 ayh.Tp kdg2 anak2 ayh hnya siapkn makanan ayah dan tinggalkn ayh makan sorg2.Ayah,maafkn kami.Ayah cakap lagi yg klu la suatu hari Allah cabut nyawa ayah,dan masa 2 anak2 ayah x sempat makan sama2 dgn ayah,mesti anak2 akn terkilan.Betul ayah,klu anakmu ini berhadapan dgn situasi itu,pasti aku akan aku kesal sepanjang hayatku.Ayah,maafkn segala kesalahan anak2mu dn juga isteri mu.Ayah,anakmu ini tak akan lupa segala kenangan manis semasa ayah memimpin tanganku waktu melintas jalan,tak akan lupa yang ayah pernah membawaku bersiar2 di tasik titiwangsa yg juga kali terakhir ayah berjalan berdua bersamaku.Ayah,terima kasih atas segala jasa baktimu.Terima kasih kerna kuat dalam mendidik anak2mu.Ya Allah,Kau berkatilah umur ayahku.Kau ampunkanlah dosa2nya.Kau pimpinlah hatinya untuk terus kuat bersamaMu.Kau peliharalah kesihatan ayah dan murahkanlah rezekinya dan berilah dia rezeki yg halal.Ya Allah,gantikanlah segala kesusahan,kepenatan ayah dengan kecerian dr ahli keluarganya dan juga dr kemudahan yg Kau permudahkan.Hani sayang ayah dan mak dunia akhirat.
Kesempatan ini juga ku ucapkan kepada teman baikku,Nazreen Syah bin Zacreen Syah yang juga turut sama lahir pada hari ini.Moga Allah panjangkn umurmu,murahkn rezekimu dan berkati hidupmu.Amin..amin ya Rabb..

Monday, February 28, 2011

IKHLAS ITU INDAH

Hujan rintik-rintik membasahi bumi, udara berhembus terasa segar. Seorang pemuda telah selesai menunaikan sholat dzuhur berjamaah di masjid. Pandangannya menyapu ke arah halaman masjid, tidak jauh darinya ada seorang perempuan tua yang duduk ditengah lapangan menarik perhatiannya. Tiba-tiba sebuah tas kecil dari tempat nenek itu terbang tertiup angin kencang. Segera pemuda itu memperhatikan teriakan nenek itu minta tolong, ingin tasnya diambilkan.

Merasa terpanggil pemuda itu segera berlari mengejar tas kecil, terlihat tas itu telah melesat jauh, dia berlari dengan terengah-engah kelelahan. Berlarilah pemuda itu sekuat tenaga dan tas kecil itu berhasil juga dipegangnya. Nampak keringat bercucuran, dengan hati penuh kebahagiaan dia berlari kecil mengantarkan tas kecil. Terlintas didalam hatinya lelah yang dirasakan tentunya akan disambut dengan senyuman dan ucapan terima kasih sang nenek sudah cukup sebagai balasan atas kebaikan yang telah dilakukannya.

Namun diluar didugaannya, sang nenek segera merebut tas kecil itu dan membalikkan tubuhnya dengan wajah yang cemberut, sepintas seperti marah. Pemuda terkejut bukan main. Jangankan senyuman dan ucapan terima kasih, wajah ramahpun tidak terlihat. Pemuda itu kebingungan. 'Apa dosaku ya?' ucapnya lirih. Dia tak bisa bergerak, malu, kesal, kecewa tercampur aduk.

Berkali-kali pemuda istighfar, siang itu dirinya menemukan pelajaran yaitu makna ikhlas. Ya tentang keikhlasan. Keikhlasan berarti tidak pernah berharap apapun, bahkan balasan walaupun berupa senyuman dari yang kita perbuat. Lakukanlah segala perbuatan baik semata-mata karena Allah. Itulah yang disebut dengan ikhlas. Siang itu dihalaman masjid, pemuda itu mendapatkan pelajaran bahwa ikhlas itu indah.

'Dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka, tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakan.' (QS. At-Thuur : 21).

Sunday, February 27, 2011

Wanita


assalamualaikum...tringin nak cite psl wanita pulak mlm nie.actually just finished watching movie PEREMPUAN kat tv2.erm..that was a great movie.2 sbb dpt award anugerah drama terbaik.CREDIT TO THEM.erm..betapa Allah mengangkat martabat seorg wanita 2.pada zaman Rasulullah pun,Rasulullah yg membetulkan pemikiran masyarakat jahiliah yg suatu ketika dulu ada yg membunuh anak perempuan.tp zaman skang da berubah.rse mcm da terbalik da.rse mcm da kembali ke zaman jahiliah plak.knpe ye wanita2 sekarang x mnghargai dri sndri?i not a good person actually.berlajar dr pengalaman.n dr pengalaman mngajarku sesuatu yg bererti.Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.jd la yg terbaik..bidadari syurga pun cemburu dgn.what am i know, i proud that i was born as a woman.moga Allah terus berikan kte hidayat dan petunjukNya.


WANITA SOLEHAH

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.


Saturday, February 26, 2011

BIOADATA IMAM SYAFIE

Ramai tidak mengenali biodata imam mazhab Syafie. Kenapa kita kurang mengenali imam mazhab kita? Kenapa boleh jadi begini..?Imam Syafie....

Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 hanya. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.

Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’.

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.

“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.”Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”

“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”

Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”

“Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.

Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.

Baginda Harun ar Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi.

Tuesday, February 15, 2011


WANITA.. kau digelar sbg penyeri dunia, hadirmu pelengkap hubungan manusia, bukan dirimu insan biasa, malah adam turut sunyi tanpa hawa.. WANITA.. tercipta engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat dibahu untuk dilindung, dekat jua dihati untuk dikasihi.. enkaulah WANITA hiasan duniawi... WANITA..
hiasan dunia.. seindah hiasan adalah wanita solehah.. yang akan membahagiakan syurga didalam rumah tangga..

Thursday, January 20, 2011

Jadilah Antara Golongan Yang Suka Mendengar Perkataan-Perkataan Yang Baik

Jadilah Antara Golongan Yang Suka Mendengar Perkataan-Perkataan Yang Baik dan menyusulinya pula denagn amalan yang baik,agar anda diberi petunjuk oleh Allah s.w.t.Sehubungan itu,Allah s.w.t menyebut:

سُوۡرَةُ الزُّمَر

ٱلَّذِينَ يَسۡتَمِعُونَ ٱلۡقَوۡلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحۡسَنَهُ ۥۤ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ هَدَٮٰهُمُ ٱللَّهُ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمۡ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (١٨)

Maksudnya:

Orang-orang yang mendnegar perkataan yang baik lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya.*1*.Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah s.w.t dan mereka itulah orang-orang berakal.(Az-Zumar:18)


*1*[Maksudnya ialah mereka yang mendengarkan ajaran-ajarang al-Quran dan ajaran-ajaran yang lain,tetapi yang diikutinya ialah ajaran-ajaran al-Quran kerana ia adalah yang terbaik]..

DIA YANG BERTUTUR DENGAN BAHASA AL QURAN

Berkata Abdullah bin Mubarak Rahimahullahu Ta'ala :Saya berangkat menunaikan Haji ke Baitullah Al-Haram, lalu berziarah ke makam Rasulullah sallAllahu 'alayhi wasallam. Ketika saya berada disuatu sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesosok tubuh berpakaian yang dibuat dari bulu. Ia adalah seorang ibu yang sudah tua. Saya berhenti sejenak seraya mengucapkan salam untuknya. Terjadilah dialog dengannya beberapa saat.

Dalam dialog tersebut wanita tua itu , setiap kali menjawab pertanyaan Abdulah bin Mubarak, dijawab dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur'an. Walaupun jawabannya tidak tepat sekali, akan tetapi cukup memuaskan, karena tidak terlepas dari konteks pertanyaan yang diajukan kepadanya.

Abdullah : "Assalamu'alaikum warahma wabarakaatuh."Wanita tua : "Salaamun qoulan min robbi rohiim." (QS. Yaasin : 58) (artinya : "Salam sebagai ucapan dari Tuhan Maha Kasih")

Abdullah : "Semoga Allah merahmati anda, mengapa anda berada di tempat ini?"Wanita tua : "Wa man yudhlilillahu fa la hadiyalahu." (QS : Al-A'raf : 186 ) ("Barang siapa disesatkan Allah, maka tiada petunjuk baginya")

Dengan jawaban ini, maka tahulah saya, bahwa ia tersesat jalan.

Abdullah : "Kemana anda hendak pergi?"Wanita tua : "Subhanalladzi asra bi 'abdihi lailan minal masjidil haraami ilal masjidil aqsa." (QS. Al-Isra' : 1) ("Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya di waktu malam dari masjid haram ke masjid aqsa")

Dengan jawaban ini saya jadi mengerti bahwa ia sedang mengerjakan haji dan hendak menuju ke masjidil Aqsa.

Abdullah : "Sudah berapa lama anda berada di sini?"Wanita tua : "Tsalatsa layaalin sawiyya" (QS. Maryam : 10) ("Selama tiga malam dalam keadaan sehat")

Abdullah : "Apa yang anda makan selama dalam perjalanan?"Wanita tua : "Huwa yut'imuni wa yasqiin." (QS. As-syu'ara' : 79) ("Dialah pemberi aku makan dan minum")

Abdullah : "Dengan apa anda melakukan wudhu?"Wanita tua : "Fa in lam tajidu maa-an fatayammamu sha'idan thoyyiban" (QS. Al-Maidah : 6) ("Bila tidak ada air bertayamum dengan tanah yang bersih")

Abdulah : "Saya mempunyai sedikit makanan, apakah anda mau menikmatinya?"Wanita tua : "Tsumma atimmus shiyaama ilallaiil." (QS. Al-Baqarah : 187) ("Kemudian sempurnakanlah puasamu sampai malam")Abdullah : "Sekarang bukan bulan Ramadhan, mengapa anda berpuasa?"Wanita tua : "Wa man tathawwa'a khairon fa innallaaha syaakirun 'aliim." (QS. Al-Baqarah : 158) ("Barang siapa melakukan sunnah lebih baik")

Abdullah : "Bukankah diperbolehkan berbuka ketika musafir?"Wanita tua : "Wa an tashuumuu khoirun lakum in kuntum ta'lamuun." (QS. Al-Baqarah : 184) ("Dan jika kamu puasa itu lebih utama, jika kamu mengetahui")

Abdullah : "Mengapa anda tidak menjawab sesuai dengan pertanyaan saya?"Wanita tua : "Maa yalfidhu min qoulin illa ladaihi roqiibun 'atiid." (QS. Qaf : 18) ("Tiada satu ucapan yang diucapkan, kecuali padanya ada Raqib Atid")

Abdullah : "Anda termasuk jenis manusia yang manakah, hingga bersikap seperti itu?"Wanita tua : "Wa la taqfu ma laisa bihi ilmun. Inna sam'a wal bashoro wal fuaada, kullu ulaaika kaana 'anhu mas'ula." (QS. Al-Isra' : 36) ("Jangan kamu ikuti apa yang tidak kamu ketahui, karena pendengaran, penglihatan dan hati, semua akan dipertanggung jawabkan")

Abdullah : "Saya telah berbuat salah, maafkan saya."Wanita tua : "Laa tastriiba 'alaikumul yauum, yaghfirullahu lakum." (QS.Yusuf : 92) ("Pada hari ini tidak ada cercaan untuk kamu, Allah telah mengampuni kamu")

Abdullah : "Bolehkah saya mengangkatmu untuk naik ke atas untaku ini untuk melanjutkan perjalanan, karena anda akan menjumpai kafilah yang di depan."Wanita tua : "Wa maa taf'alu min khoirin ya'lamhullah." (QS Al-Baqoroh : 197) ("Barang siapa mengerjakan suatu kebaikan, Allah mengetahuinya")

Lalu wanita tua ini berpaling dari untaku, sambil berkata :

Wanita tua : "Qul lil mu'miniina yaghdudhu min abshoorihim." (QS. An-Nur : 30) ("Katakanlah pada orang-orang mukminin tundukkan pandangan mereka")

Maka saya pun memejamkan pandangan saya, sambil mempersilahkan ia mengendarai untaku. Tetapi tiba-tiba terdengar sobekan pakaiannya, karena unta itu terlalu tinggi baginya. Wanita itu berucap lagi.

Wanita tua : "Wa maa ashobakum min mushibatin fa bimaa kasabat aidiikum." (QS. Asy-Syura' 30) ("Apa saja yang menimpa kamu disebabkan perbuatanmu sendiri")

Abdullah : "Sabarlah sebentar, saya akan mengikatnya terlebih dahulu."Wanita tua : "Fa fahhamnaaha sulaiman." (QS. Anbiya' 79) ("Maka kami telah memberi pemahaman pada nabi Sulaiman")

Selesai mengikat unta itu sayapun mempersilahkan wanita tua itu naik.

Abdullah : "Silahkan naik sekarang."Wanita tua : "Subhaanalladzi sakhkhoro lana hadza wa ma kunna lahu muqriniin, wa inna ila robbinaa munqolibuun." (QS. Az-Zukhruf : 13-14) ("Maha suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini pada kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. Sesungguhnya kami akan kembali pada tuhan kami")

Sayapun segera memegang tali unta itu dan melarikannya dengan sangat kencang. Wanita tua itu berkata lagi.

Wanita tua : "Waqshid fi masyika waghdud min shoutik" (QS. Lukman : 19) ("Sederhanakan jalanmu dan lunakkanlah suaramu")

Lalu jalannya unta itu saya perlambat, sambil mendendangkan beberapa syair, Wanita tua itu berucap.

Wanita tua : "Faqraa-u maa tayassara minal qur'aan" (QS. Al- Muzammil : 20) ("Bacalah apa-apa yang mudah dari Al-Qur'an")

Abdullah : "Sungguh anda telah diberi kebaikan yang banyak."Wanita tua : "Wa maa yadzdzakkaru illa uulul albaab." (QS Al-Baqoroh : 269) ("Dan tidaklah mengingat Allah itu kecuali orang yang berilmu")

Dalam perjalanan itu saya bertanya kepadanya.

Abdullah : "Apakah anda mempunyai suami?"Wanita tua : "Laa tas-alu 'an asy ya-a in tubda lakum tasu'kum" (QS. Al-Maidah : 101) ("Jangan kamu menanyakan sesuatu, jika itu akan menyusahkanmu")

Ketika berjumpa dengan kafilah di depan kami, saya bertanya kepadanya.

Abdullah : "Adakah orang anda berada dalam kafilah itu?"Wanita tua : "Al-maalu wal banuuna zinatul hayatid dunya." (QS. Al-Kahfi : 46) ("Adapun harta dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia")

Baru saya mengerti bahwa ia juga mempunyai anak.

Abdullah : "Bagaimana keadaan mereka dalam perjalanan ini?"Wanita tua : "Wa alaamatin wabin najmi hum yahtaduun" (QS. An-Nahl : 16) ("Dengan tanda bintang-bintang mereka mengetahui petunjuk")

Dari jawaban ini dapat saya fahami bahwa mereka datang mengerjakan ibadah haji mengikuti beberapa petunjuk. Kemudian bersama wanita tua ini saya menuju perkemahan.

Abdullah : "Adakah orang yang akan kenal atau keluarga dalam kemah ini?"Wanita tua : "Wattakhodzallahu ibrohima khalilan" (QS. An-Nisa' : 125) ("Kami jadikan ibrahim itu sebagai yang dikasihi") "Wakallamahu musa takliima" (QS. An-Nisa' : 146) ("Dan Allah berkata-kata kepada Musa") "Ya yahya khudil kitaaba biquwwah" (QS. Maryam : 12) ("Wahai Yahya pelajarilah alkitab itu sungguh-sungguh")

Lalu saya memanggil nama-nama, ya Ibrahim, ya Musa, ya Yahya, maka keluarlah anak-anak muda yang bernama tersebut. Wajah mereka tampan dan ceria, seperti bulan yang baru muncul. Setelah tiga anak ini datang dan duduk dengan tenang maka berkatalah wanita itu.

Wanita tua : "Fab'atsu ahadaku bi warikikum hadzihi ilal madiinati falyandzur ayyuha azkaa tho'aaman fal ya'tikum bi rizkin minhu." (QS. Al-Kahfi : 19) ("Maka suruhlah salah seorang dari kamu pergi ke kota dengan membawa uang perak ini, dan carilah makanan yang lebih baik agar ia membawa makanan itu untukmu")

Maka salah seorang dari tiga anak ini pergi untuk membeli makanan, lalu menghidangkan di hadapanku, lalu perempuan tua itu berkata :

Wanita tua : "Kuluu wasyrobuu hanii'an bima aslaftum fil ayyamil kholiyah" (QS. Al-Haqqah : 24) ("Makan dan minumlah kamu dengan sedap, sebab amal-amal yang telah kamu kerjakan di hari-hari yang telah lalu")

Abdullah : "Makanlah kalian semuanya makanan ini. Aku belum akan memakannya sebelum kalian mengatakan padaku siapakah perempuan ini sebenarnya."

Ketiga anak muda ini secara serempak berkata :

"Beliau adalah orang tua kami. Selama empat puluh tahun beliau hanya berbicara mempergunakan ayat-ayat Al-Qur'an, hanya karena khawatir salah bicara."

Maha suci zat yang maha kuasa terhadap sesuatu yang dikehendakinya. Akhirnya saya pun berucap :

"Fadhluhu yu'tihi man yasyaa' Wallaahu dzul fadhlil adhiim." (QS. Al-Hadid : 21) ("Karunia Allah yang diberikan kepada orang yang dikehendakinya, Allah adalah pemberi karunia yang besar")

[Disarikan oleh: DHB Wicaksono, dari kitab Misi Suci Para Sufi, Sayyid Abubakar bin Muhammad Syatha, hal. 161-168] dari Situs Al-Muhajir.

UNTUKMU WANITA


Wanita.....Dahulu dirimu tiada nilainya,Kau ditanam jika rupamu tidak rupawan,Kau dibesarkan jika memiliki raut wajah kecantikanSebagai pemuas nafsu dan barang daganganketika kau dewasa kelak.....

Wanita.....Diangkat martabatmu ke tahap tertinggiSelepas Islam tersebarDipertahankan hakmu dan Islam membelamuDari terus dirosakkan oleh lelaki yang bertuhankan nafsu

Wanita.....Sebaik-baik wanita adalah wanita solehahKau dijamin memasuki syurga terlebih dahulu sebelum suamimu,Telah dijanjikan nikmat-nikmat yang baik untukmuKerana kau menjaga kesucian dan harga dirimuDan juga cintamu pada Tuhan-Mu

Wanita.....Kau memiliki kelembutankelembutanmu mampu menggoncang duniaKelembutanmu mampu mencairkan dan mendamaikan para lelakiSeperti mana damainya Firaun tatkala ditenangkan oleh AsiahKetika Musa ingin dibunuh olehnya(Firaun)

Wanita.....Kau tahu dirimu begitu berhargaKau tahu dirimu begitu bernilaiKau juga tahu kesucianmu begitu berharga

TETAPI.....

Mengapa kau berikan mahkotamu bukan pada suamimuMengapa kau rela menggadaikan maruahmu kerana wang ringgit?

Adakah kau lupa?Wanita adalah yang terbanyak sekali menghuni Neraka Allah!

Adakah kau lupa?Janji ALLAH itu pasti ...

Wanita.....Mengapa kau berasa takut dan maluSelepas nafsumu dipenuhiMengapa baru terbit sifat malumuKetika kau mendapati dirimu telah hamilHasil perbuatan kejimudan kemudiannya kau mengambil jalan pintasMenggugurkan kandunganmu,membunuh anakmu,membuang bayi kecilmu yang tidak mengerti apa-apawalaupun zahirnya anak itu adalah hasil di luar pernikahan

namun...

IngatlahSetiap anak yang lahir di dunia ini fitrahnya adalah suci,Ibarat kain putih yang bersih,Ibu bapalah yang akan mencorak anak itu

Tetapi....Hakikatnya,Kau membuang zuriatmu,Zuriatmu yang akan mendoakan kesejahteraanmuketika kau hidup, dan ketika kau sudah tiada,Kau membuang zuriatmu di tempat-tempat yang merbahaya,Menjadi santapan kepada haiwan-haiwan liaryang sentiasa berkeliaran di mana-mana,

Wanita.....Sedarlah.....Sedarlah dari mimpi-mimpi yang tidak pasti,Jangan kau biarkan dirimu disentuh oleh kumbang-kumbang laranganYang hanya ingin menghirup madumu,Dan meninggalkanmu selepas ia merasa puas

Wanita....Ingatlah dirimu begitu berhargaBiarlah kau dikatakan sombongAsalkan kau tahu mana baik dan buruknyaDemi menjaga maruah dirimuJangan sekali kau serahkan jiwa dan ragamukepada kekasihmu....kerana belum tentu ia akan menjadi suamimu....

Wanita....Ingatlah sang lelaki amat bijak bermain kata-kataMereka amat bijak dalam tipu dayaMereka akan berusaha mencapai apa yang mereka hajatiSehingga mereka jemu dengan apa yang telah mereka rasai

Wanita.....Tidakkah kau sedar semua iniMengapa kau masih bergembira dengan kekasihmuTidakkah kau sedar,Dirimu sentiasa dalam pengawasan Tuhan-Mu?

Wanita.....SedarlahJangan kau mengikut jejak JahiliyahHargailah dirimu yang tinggi d sisi islamHargailah mahkotamu yang sangat berhargaInsaflah dengan perbuatan silammumasih belum terlambat untuk segalanyaKerana TuhanMu itu Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani'

Wanita....Labuhkanlah cintamu kepada Tuhan-Mukerna Tuhan-Mu akan lebih mencintaimudan Dia akan memberi kepadamu cinta yang sebenar.....

Wanita....Hiasilah dirimu dan Jagalah peribadimuSemoga dirimu berjaya menjadi wanita yang solehahdan disayangi oleh Tuhan-Mu