Thursday, January 20, 2011

UNTUKMU WANITA


Wanita.....Dahulu dirimu tiada nilainya,Kau ditanam jika rupamu tidak rupawan,Kau dibesarkan jika memiliki raut wajah kecantikanSebagai pemuas nafsu dan barang daganganketika kau dewasa kelak.....

Wanita.....Diangkat martabatmu ke tahap tertinggiSelepas Islam tersebarDipertahankan hakmu dan Islam membelamuDari terus dirosakkan oleh lelaki yang bertuhankan nafsu

Wanita.....Sebaik-baik wanita adalah wanita solehahKau dijamin memasuki syurga terlebih dahulu sebelum suamimu,Telah dijanjikan nikmat-nikmat yang baik untukmuKerana kau menjaga kesucian dan harga dirimuDan juga cintamu pada Tuhan-Mu

Wanita.....Kau memiliki kelembutankelembutanmu mampu menggoncang duniaKelembutanmu mampu mencairkan dan mendamaikan para lelakiSeperti mana damainya Firaun tatkala ditenangkan oleh AsiahKetika Musa ingin dibunuh olehnya(Firaun)

Wanita.....Kau tahu dirimu begitu berhargaKau tahu dirimu begitu bernilaiKau juga tahu kesucianmu begitu berharga

TETAPI.....

Mengapa kau berikan mahkotamu bukan pada suamimuMengapa kau rela menggadaikan maruahmu kerana wang ringgit?

Adakah kau lupa?Wanita adalah yang terbanyak sekali menghuni Neraka Allah!

Adakah kau lupa?Janji ALLAH itu pasti ...

Wanita.....Mengapa kau berasa takut dan maluSelepas nafsumu dipenuhiMengapa baru terbit sifat malumuKetika kau mendapati dirimu telah hamilHasil perbuatan kejimudan kemudiannya kau mengambil jalan pintasMenggugurkan kandunganmu,membunuh anakmu,membuang bayi kecilmu yang tidak mengerti apa-apawalaupun zahirnya anak itu adalah hasil di luar pernikahan

namun...

IngatlahSetiap anak yang lahir di dunia ini fitrahnya adalah suci,Ibarat kain putih yang bersih,Ibu bapalah yang akan mencorak anak itu

Tetapi....Hakikatnya,Kau membuang zuriatmu,Zuriatmu yang akan mendoakan kesejahteraanmuketika kau hidup, dan ketika kau sudah tiada,Kau membuang zuriatmu di tempat-tempat yang merbahaya,Menjadi santapan kepada haiwan-haiwan liaryang sentiasa berkeliaran di mana-mana,

Wanita.....Sedarlah.....Sedarlah dari mimpi-mimpi yang tidak pasti,Jangan kau biarkan dirimu disentuh oleh kumbang-kumbang laranganYang hanya ingin menghirup madumu,Dan meninggalkanmu selepas ia merasa puas

Wanita....Ingatlah dirimu begitu berhargaBiarlah kau dikatakan sombongAsalkan kau tahu mana baik dan buruknyaDemi menjaga maruah dirimuJangan sekali kau serahkan jiwa dan ragamukepada kekasihmu....kerana belum tentu ia akan menjadi suamimu....

Wanita....Ingatlah sang lelaki amat bijak bermain kata-kataMereka amat bijak dalam tipu dayaMereka akan berusaha mencapai apa yang mereka hajatiSehingga mereka jemu dengan apa yang telah mereka rasai

Wanita.....Tidakkah kau sedar semua iniMengapa kau masih bergembira dengan kekasihmuTidakkah kau sedar,Dirimu sentiasa dalam pengawasan Tuhan-Mu?

Wanita.....SedarlahJangan kau mengikut jejak JahiliyahHargailah dirimu yang tinggi d sisi islamHargailah mahkotamu yang sangat berhargaInsaflah dengan perbuatan silammumasih belum terlambat untuk segalanyaKerana TuhanMu itu Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani'

Wanita....Labuhkanlah cintamu kepada Tuhan-Mukerna Tuhan-Mu akan lebih mencintaimudan Dia akan memberi kepadamu cinta yang sebenar.....

Wanita....Hiasilah dirimu dan Jagalah peribadimuSemoga dirimu berjaya menjadi wanita yang solehahdan disayangi oleh Tuhan-Mu

No comments:

Post a Comment