Wednesday, November 23, 2011

DIA SYURGA KU

Dia syurgaku..

Dia bukan agamawan,
Dia bukan seorang ustaz,
Dia suamiku!

Walaupun dia bukan lelaki idaman aku pada mulanya,
Tapi kini dia insan idaman hidupku kini dan selamanya,
Perkenalan ku dengannya hanya bermula dengan dua,
Dua bulan ku mengenalinya, Dua minggu kami mengikat tali pertunangan,
dan lepas Dua bulan aku disahkan mendapat zuriat pertamaku.

Dia insan yg Allah ciptakan untukku,
Menjadi syurga ku, tempat aku mengumpul pahalaku,
Dia lain, tak sama yang aku angankan,
Kerana DIA ADALAH DIA.

Setiap apa yang dia lakukan,
Baik buruk perlakuannya,
Aku terima dengan redha.
Yang pahit ku buang jauh-jauh,
Yang manis sentiasa jadi kenanganku tiap hari.

Saat terucapnya kalimah "Aku terima nikahnya...",
Di sudut kecil hatiku, tiada lagi istilah kekesalan aku menjadi miliknya,
Pertemuan kami adalah atas kehendaknya,
Kini aku bersyukur atas segalanya.

Dia cuba sedaya upaya membahagiakan ku,
Setiap pengorbanan yang dilakukannya,
Mencari rezeki untuk keluarga setiap hari,siang malam,
Membahagiakanku dengan cara tersendiri,
Menerima keluargaku dengan penuh sabar.
Cukup membuatkanku terharu.

Biarpun waktu kami bersama singkat kerana tanggungjawab yang tergalas,
Aku mengerti dan bersabar dengan iringan doa agar Allah sentiasa melindungimu,
Pohonku agar Allah sentiasa menetapkan hatimu dengan ku kekal hingga kesyurga.

-hani sayang abang biarpun sayang tu tak terlahir pada zahirnya-

1 comment: